? ??????????????We could Be Dreaming? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??59 Grabs Today. 1031 Total
Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Love Easter!? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??58 Grabs Today. 655 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, April 20, 2009

Amazing Interior Design HERE

Explore Our Dusun Tropika Concept HERE

Sunday, April 19, 2009

Berminat Dengan Proposal Kami !!! ADA TAWARAN MENARIK KHAS BUAT PEMAJU- PEMAJU PERUMAHAN

Kertas kerja ini disediakan oleh pelajar - pelajar ukur bahan ( quantity surveying ) Universiti Teknologi Malaysia untuk subjek PED. Untuk makluman, PED adalah satu subjek yang bertujuan melahirkan mahasiswa yang mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam dunia hartanah dengan harapan pada masa hadapan akan lahirnya pemaju - pemaju terunggul di kalangan mahasiswa UTM.

Kami dari kumpulan Nexus Homes Sdn Bhd memilih untuk menjalankan projek perumahan. Oleh yang demikian, bagi mencari satu kelainan, satu konsep baru difikirkan dan disesuaikan dengan kertas kerja ini. Konsep baru tersebut kami namakan ia sebagai konsep " dusun tropika ". " Dusun tropika " adalah merujuk kepada kawasan perumahan yang dikelilingi oleh pokok buah- buahan tropika. Bagi mengembalikan nostalgia kehidupan di kampung, kawasan perumahan ini dibina bersama- sama dengan beberapa dusun kecil yang didalamnya ditanam dengan pokok buah- buahan tropika seperti durian, manggis, rambutan, langsat, ciku dan seumpamanya. Kami percaya ia adalah konsep pertama diperkenalkan di negara Malaysia dan berdasarkan beberapa tinjauan, didapati konsep baru ini bakal diterima baik oleh rakyat malaysia keseluruhannya.

Kami juga percaya pembeli - pembeli rumah menginginkan kediaman di kawasan strategik lengkap dengan pelbagai kemudahan, lokasi yang mudah diakses ke kawasan komersial dan pekerjaan, selamat untuk diduduki, udara nyaman dan bersih juga kawasan rekreasi dan rumah kelab untuk beriadah dan beristirehat apabila pulang dari kerja.

Oleh yang demikian, kami menjelmakan satu konsep perumahan ala " dusun tropika" yang kami namakan ia sebagai Oasis Tropika. Oasis Tropika adalah satu kawasan perumahan yang dibina dengan mementingkan keindahan alam semulajadi lengkap dengan dusun kecil buah- buahan tropika, kawalan keselamatan 24 jam sehari, kepadatan penduduk yang rendah, rumah kelab yang kecil, kawasan rekreasi dengan sungai yang bersih, landskap yang menarik juga dengan rekabentuk yang menarik pada harga yang amat kompetitif.

Anda mungkin beranggapan dengan konsep dusun tropika yang diperkenalkan oleh pihak kami, maka sasaran penghuni Oasis Tropika hanyalah mereka dari golongan berpendapatan tinggi sahaja. Apa yang kami boleh nyatakan, Oasis Tropika sebenarnya adalah kawasan perumahan yang dibina untuk semua golongan. Tidak kira anda seorang tukang kebun mahupun seorang jutawan, anda sesuai untuk menjadi penghuni Oasis Tropika.

Ini kerana di Oasis Tropika, kami percaya anda semua layak mendapat kualiti hidup terbaik dengan harga yang begitu kompetitif. Oleh yang demikan, di Oasis Tropika kami membina rumah kediaman dari pelbagai jenis merangkumi perumahan berbentuk flat kos rendah, teres 2 tingkat, semi-d 2 tingkat, semi- d 1 1/2 tingkat, banglo 1 1/2 tingkat dan banglo mewah 2 tingkat pada harga yang begitu menarik.
Atas kepercayaan projek ini boleh dibangunkan dengan jayanya, maka kami dari kumpulan Nexus Homes Sdn Bhd mempelawa pemaju - pemaju yang berminat dengan projek kami untuk direalisasikan sebagai satu projek idaman rakyat Malaysia. Kami percaya dengan konsep yang baik, penjenamaan yang mantap dan strategi pemasaran yang hebat, projek ini bakal menjadi projek yang amat menguntungkan bagi pemaju - pemaju yang berminat.
Kami dari kumpulan Nexus Homes Sdn Bhd juga sedia membantu pemaju - pemaju yang berminat menjayakan projek ini jika tawaran yang dikemukan kepada pihak kami adalah berbaloi dengan usaha yang kami curahkan selama ini. Kami percaya nama Oasis Tropika itu sendiri adalah satu jenama yang kuat untuk dipasarkan oleh pemaju - pemaju yang berminat. Kami juga percaya konsep dusun tropika adalah satu konsep yang amat baik untuk direalisasikan.
Jika anda bersedia memberikan kami peluang, kami akan tunjukkan bagaimana anda mampu memperolehi lebih 33% margin profit untuk fasa pertama projek ini walaupun dalam keadaan ekonomi yang begitu teruk. Bagi fasa berikutnya, kami berkeyakinan penuh anda mampu memperoleh margin keuntungan diantara 40 % - 70 % bahkan mungkin lebih lagi. Kami akan memperlihatkan kepada anda pelaburan anda terhadap konsep ini bukanlah pelaburan yang sia- sia. Sebagai contoh, " club house" mungkin dianggap sebagai beban kepada pemaju lain, tetapi kami akan buktikan kepada anda bagaimana " club house" mampu menjadi satu sumber pendapatan tambahan yang amat - amat luamayan bagi jangka masa panjang.
Percayalah bahawa pelaburan anda ke atas kerta kerja dan khidmat nasihat kami bukanlah satu pelaburan sia- sia. Sebaliknya selain daripada apa yang telah kami nyatakan di atas, kami juga akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk anda manfaatkan medium pengiklanan yang lebih berkesan dengan kos pengiklanan yang jauh lebih murah dan kami yakini ia lebih berkesan.
Akhir sekali, kami yakin Oasis Tropika boleh dijadikan satu jenama unggul dalam industri hartanah perumahan di Malaysia. Kami melihat Oasis Tropika amat berpotensi untuk dilaksanakan di 10 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Apa yang kami maksudkan ialah, pada 20 tahun akan datang, Oasis Tropika akan menjadi jenama perumahan no1 di Malaysia dimana hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai projek perumahan Oasis Tropika dengan berkonsepkan dusun tropika. Apabila ia menjadi kenyataan, Oasis Tropika akan mula dikenali sebagai Oasis Tropika Senai bagi projek Oasis Tropika di Johor ataupun Oasis Tropika Kota Bharu bagi projek Oasis Tropika di Kelantan bertujuan membezakan projek Oasis Tropika antara satu tempat dan satu tempat yang lain.
Untuk itu, sekali lagi kami mempelawa pemaju - pemaju yang berminat untuk membeli kertas kerja kami. Pihak kami juga sedia menawarkan khidmat nasihat jika diperlukan.
PEMAJU - PEMAJU YANG BERMINAT BOLEHLAH MENGHUBUNGI WAKIL KAMI :
AFIF NAZMI BIN ABD AZIZ - 0137029156
atau
MOHD ISKANDAR BIN MOHD BAKERY - 0137141303
TAWARAN TERBAIK DARIPADA ANDA KAMI NANTIKAN..
SIAPA CEPAT DIA DAPAT...
SIAPA LAMBAT DIA RUGI...

Saturday, April 11, 2009

Nah Ambik RM 100 Kami Mau Beri



RM 100. 00 untuk 50 blogger terawal yang sudi menceritakan mengenai perumahan kami iaitu Oasis Tropika.
Apa perlu anda buat ???
1 - miliki akaun blogspot atau wordpress atau website
2 - buat satu posting mengenai perumahan kami iaitu Oasis Tropika. Apa sahaja pendapat anda atau komen anda mengenai projek kami Oasis Tropika
3 - komen anda mestilah komen berbentuk positif
4 - dah siap. Hubungi kami di email Nexus_Homes@Yahoo.Com dan sertakan webpage dan alamat web anda beserta no akun bank anda
5 - Kami akan mengirim wang dalam tempoh 7 hari selepas kami melihat posting anda
RM 100 hanya untuk 50 blogger terawal. Blogger selebihnya kami mintak maaf. Apapun kesudian anda membuat posting kami dahului dengan ucapan terima kasih dan kami akan link kan alamat blogspot, wordpress atau website anda di website kami sebagai tanda penghargaan